Wednesday, 27 October 2010
Tuesday, 26 October 2010
Tentang maaf
Sunday, 24 October 2010
5 bulan
Wednesday, 12 May 2010
Doa Istikharah
Assalamualaikum wbt.....
Di sini aku kongsikan sebuah doa.
Doa yang sangat indah.
Melambangkan sebuah pergantungan.
Kepada-Nya.
Serta sebuah keredhaan.
Dengan ketentuan-Nya.
" Ya Allah! Aku memohon petunjuk dari-Mu tentang mana yang lebih baik untukku berdasarkan ilmu-Mu, dan aku mohon kekuatan dari-Mu untukku dengan kudrat-Mu, serta aku mohon kepada-Mu kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedang aku tidak mengetahui. Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah! Jika Engkau mengetahui urusan ini baik untukku bagi agamaku, kehidupanku, bagi natijah urusanku serta bagi urusanku masa kini dan masa depan, maka takdirkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatikah aku dalam melakukannya.
Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk untukku, bagi agamaku, kehidupanku, bagi naijah urusanku serta bagi urusanku masa kini dan masa depan, maka palingkanlah ia dari hatiku dan takdirkanlah untukku apa yang baik bagiku dalam apa rupa sekalipun, kemudian jadikanlah hatiku redha menerimanya".
*hendaklah menyebut hajat semasa berdoa.
Moga bermanfaat.
Wassalam wbt.
Thursday, 1 April 2010
Impian aku
Assalamualaikum wbt.
Aku punya impian. Aku tahu kamu juga begitu. Semua orang punya impian. Ini pula kisah impian aku. Dengan dia yang bergelar suami. Yang belum pernah kutemui. Mungkin juga aku dan dia pernah bertemu. Pada waktu yang kurang tepat ku kira. Dan mungkin juga aku dan dia sememangnya tidak pernah bertemu. Tapi aku pasti, aku dan dia akan bertemu jua bila tiba masanya nanti. Dengan izin-Nya.
Melihat keadaan manusia-manusia di sekeliling, aku jadi risau. Hatiku walang. Kenapa sampai begitu sekali? Apakah aku juga akan jadi begitu? Oh, sungguh aku tak sanggup. Aku tahu kamu tidak berzina. Aku tahu kamu jarang bertemu. Tapi apakah perlu jadi begitu untuk menampung yang kurang? Bagaimana pula dengan zina mata? Zina telinga? Zina lidah? Yang terutamanya zina hati? Aku tahu kamu juga tahu tentang itu. Aku hanya mampu beristighfar di dalam hati. Ya, imanku masih lemah. Aku tidak mampu menegur mereka. Siapalah aku untuk berkata sedemikian. Kita dari latar belakang yang sama. Kamu juga tahu apa yang aku tahu. Lagi pula, aku tak pasti apa yang menungguku seandainya cinta itu hadir suatu hari nanti. Adakah aku mampu melawan segala bisikan syaitan yang tidak henti-henti? Mungkin jua aku jadi seperti kamu. Ah, aku risau. Minta dijauhkan.
Untuk itu, aku sentiasa berdoa. Berdoa agar aku dan dia bertemu dalam keredhaan-Nya. Berdoa agar aku terus bertemu dengan dia yang sememangnya jodohku. Agar bila tiba saatnya, pintu hatiku sudah terbuka untuk dia. Hanya dia. Dan begitu juga dia. Aku tidak mahu bersikap hipokrit. Aku mahu mengenalinya sebelum kami melangkah ke alam perkahwinan. Biarlah kami tidak bercinta sekali pun. Kerna jika ada jodoh, kami boleh bercinta juga nanti. Aku mahu kami sama-sama berbincang dan menguruskan hari berbahagia itu. Tapi aku mahu ianya dalam keadaan bersederhana. Bolehkah? Atau adakah aku cuba melawan hukum Allah? Kerana aku tahu hubungan hari ni akan membawa impak kepada kehidupan generasi kami yang seterusnya. Aku mahukan barakah dalam kehidupanku bersama dia. Mampukah aku?
Ini begitu rumit untuk aku. Akukah yang merumitkan keadaan?Mungkin.
Termenung berfikir tentang ini, aku jadi keliru. Apa yang aku mahu sebenarnya? Entah, aku pun tak tahu. Kadang-kadang aku terfikir, adakah umur aku panjang untuk menempuh semua itu? Siapa tahu aku pergi mengadap-Nya esok? Mungkin lusa. Mungkin sebelum umur menjengah 21? Wallahua'lam. Aku serahkan semua kepada-Nya. Aku hanya merancang. Tugasku hanya mencari. Sambil memperbaiki diri yang penuh silap di sana sini. Aku mahukan dia yang baik. Untuk itu, aku juga harus jadi baik. Adilkan begitu?
Tentang dia, bagaimana aku mahu memastikan dia juga berfikiran sama seperti aku? Aku mahu dia tahu batasan kami. Pasti dia tahu kalau dia sememangnya 'baik'. Bukankah sepatutnya begitu? Biarlah. Ini di luar kuasa aku. Tunggu sajalah apa akan berlaku nanti. Aku hanya perlu mempersiapkan diri. Apa yang pasti, doaku sentiasa ada untuk dia bakal suamiku.
Wassalamualaikum wbt.