Tuesday 30 March 2010

Erti hidup pada memberi

Assalamualaikum wbt....

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku pasti kamu pernah dengar ungkapan ini. Ya, ungkapan popular Ustaz Hasrizal pemilik website Saifulislam. Tiada apa yang ingin aku coretkan mengenai beliau, aku percaya kalian lebih mengetahui. Cuma, dalam ketika aku bercuti di Malaysia dua bulan yang lalu, aku sempat menonton program Motivasi Pagi di TV3. Tajuknya sudah pasti Erti Hidup Pada Memberi dan tetamu undangannya Ustaz Hasrizal.

Satu benda yang aku tertarik, kata Ustaz Hasrizal kita hidup di dunia ini hanyalah dengan memberi dan menerima. Aku tertarik bila mana beliau menggunakan analogi seorang tukang sapu yang menyapu daun-daun kering di tepi jalan untuk kemudahan orang ramai lalu-lalang. Katanya itu salah satu dari memberi. Banyak pahala tukang sapu itu kerana memudahkan perjalan orang ramai. Lalu aku terfikir, agaknya apakah yang telah aku beri sepanjang perjalanan aku dimuka bumi ini? Ah, mungkin tiada yang 'significant'.

Ruginya aku. Tapi aku bersyukur. Sekurang-kurangnya aku bertuah kerana terpilih untuk menonton program itu. Dan bertuah kerana aku masih punya waktu untuk memberi selagi aku mampu. Dan di sini aku memberi dengan menulis, mengharapkan kamu juga mendapat apa yang aku dapat di pagi itu. Moga kita masih belum terlambat untuk memberi. InsyaAllah.

Wassalamualaikum wbt.


 

No comments: